Pengoperasian Kaunter Laporan Perubatan Di Jabatan Rekod Perubatan
Makluman,
Kaunter Laporan Perubatan di Jabatan Rekod Perubatan Hospital Selayang telah memulakan semula semua urusan pada 27 April 2020. Setiap pesakit/waris/wakil yang hadir haruslah mematuhi dan mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19. Jika ingin membuat permohonan Laporan Perubatan, adalah di galakkan menggunakan perkhidmatan Pos. Tatacara permohonan Laporan Perubatan boleh di perolehi di capaian Awam - Panduan Permohonan Laporan Perubatan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Rekod Perubatan di talian 03-61263047/3063/3061/3053.
Terima kasih