Text Size
A+ A A-
Color Chooser
 default green blue contrast font_default red blue Language Other Language
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

Library Unit

Pengenalan

Unit Perpustakaan Hospital Selayang mula di buka pada bulan November 1999. Kini setelah hamper Tiga Belas Tahun beroperasi, Unit Perpustakaan telah Berjaya melaksanakan tugasnya sebagai sebuah pusat rujukan dan pencarian maklumat bagi semua kakitangan Hospital Selayang. Kapasiti Unit Perpustakaan Hospital Selayang boleh memuatkan seramai 200 orang pengguna pada satu-satu masa dengan keluasan kira – kira 10,103 kaki persegi.

Unit Perpustakaan Hospital Selayang pada masa ini telah Berjaya membangunkan koleksi buku-buku perubatan dan buku-buku bukan perubatan dan Journal perubatan kepada semua kakitangan Hospital. Perpustakaan Hospital Selayang mempunyai 8,510 naskah buku termasuklah buku perubatan, buku pengurusan untuk kumpulan sokongan seperti pekeliling – pekeliling perkhidmatan dan juga buku koleksi sasterawan Negara manakala koleksi Audio Visual sebanyak 107 CD-ROM keseluruhanya. Terdapat juga sebanyak 600 buah buku Fiksyen Melayu dan Fiksyen Inggeris melalui Pinjaman Berkelompok Perpustakaan Negara Malaysia.

Perpustakaan Hospital Selayang juga menyediakan Perkhidmatan Pengkalan Data berjudul Mdconsuit dan Update online untuk kegunaan rujukan kepada kakitangan hospital dan Kementerian Kesihatan.

Menjelang akhir tahun 2012 Unit Perpustakaan Hospital Selayang telah mempunyai keahlian 1300 orang setakat ini. Kesemua ahli yang berdaftar secara otomatik layak mendapat semua perkhidmatan yang di sediakan oleh Perpustakaan. Jumlah pengguna Perpustakaan yang berdaftar sebagai ahli adalah semakin meningkat dari hari ke hari ini menjadikan Perpustakaan sebagai tempat rujukan yang sangat sesuai keada pengguna Perpustakaan.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013