Text Size
A+ A A-
Color Chooser
 default green blue contrast font_default red blue Language Other Language
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

Dietetic & Foodservices

Perkhidmatan Disediakan

Jabatan Dietetik Dan Sajian terdiri daripada 2 bahagian iaitu Dietetik dan Sajian yang diketuai oleh Pegawai Dietetik U52.

 Perkhidmatan Dietetik (Klinikal):

Perkhidmatan Dietetik (Klinikal) merangkumi salah satu daripada perkhidmatan rawatan pesakit yang sangat penting. Terdiri daripada 1 Pegawai Dietetik U52, 1 Pegawai Dietetik U48, 2 Pegawai Dietetik U44, 5 Pegawai Dietetik U41. Pesakit akan diberi intervensi pemakanan yang berkesan mengikut keperluan pesakit apabila dirujuk oleh doktor. Jika rujukan bagi kes-kes urgent diterima melalui CERNER sebelum jam 1.00 petang, pesakit akan diberi perkhidmatan terapi pemakanan klinikal pada hari yang sama. Jika rujukan kes-kes urgent diterima melalui CERNER selepas jam 1.00 petang, pesakit akan diberi perkhidmatan terapi pemakanan klinikal sebelum jam 1.00 petang hari berikutnya. Pesakit bagi kes tidak urgent akan diberi perkhidmatan dalam tempoh 48 jam.

 Panduan Perkhidmatan Dietetik (Klinikal):

Medical Nutrition Therapy
Nutrition Care Process (ADIME)
Evidence-Based Research
Clinical Practice Guideline

 Perkhidmatan Dietetik (Klinikal):

Pegawai Dietetik ditugaskan mengikut sub-specialiti (Hepatology, Hepatobiliary/Intensive Care Unit/Burns/Nephrology/Surgical) dan disiplin lain.
Memberi Khidmat Kaunseling Pemakanan (Individu).
Pemberian produk enteral untuk pesakit dalam wad sama ada secara oral atau melalui tiub; PVC & silikon (NG, PEG – 8,10,12,14), soft fine bore (NJ, PEJ - 12,14).
Sebahagian daripada Nutrition Support Team Hospital Selayang.
Menyertai wad round di wad-wad yang ditugaskan.
Mengwujudkan modul dan protokol berkaitan pemakanan.

Memberi Perkhidmatan Dietetik (Klinikal) di Hospital Angkat Hospital Selayang (sebulan sekali):

  • Hospital Kuala Kubu Bahru.
 

Memberi Perkhidmatan Dietetik (Klinikal) di Klinik Kesihatan (sebulan sekali):

  • Klinik Kesihatan Taman Ehsan
  • Klinik Kesihatan Selayang Baru
 

 Perkhidmatan Dietetik (Latihan):

Memberi latihan & 'Refresher course' berkaitan pemakanan untuk Staf Hospital Selayang (Sokongan/Klinikal/Profesional)
Melatih dan membimbing pelajar IPTA untuk kursus dietetik (klinikal).

 Perkhidmatan Dietetik (Promosi Kesihatan):

Jemputan sesi ceramah pemakanan oleh Jabatan/Unit/Institut lain.
Penyediaan Pamplet Pendidikan Pemakanan
Mengadakan Kelas-kelas Pendidikan Pemakanan Kaunseling Kumpulan (Cardiovascular/ Hypertension/ Diabetes Mellitus/ Stroke/ Fit&Trim/ CAPD Training/ Berhenti Merokok/HEU).
Menjadi sukarelawan selaku pegawai dietetik komuniti (community dietitian) dalam pelbagai projek komuniti, institut dan hospital lain

 Perkhidmatan Dietetik (Penyelidikan):

Merancang dan menjalankan kajian penyelidikan berkaitan pemakanan.
Projek 'Quality Assurance (QA) for early enteral feeding in ICU'.
Projek 'Oral Nutrition Supplement' (ONS) di wad Nephrology.
Projek Pemberian Snek Lewat Malam (Supper) kepada pesakit wad Hepatology (dalam pengusulan).
Projek 'Nourishing Hot Drinks' untuk pesakt wad Burns (dalam pengusulan).
Projek 'Microbiology Exposure Based on Type of Product and Hang Time in Different Settings in Selayang Hospital' (dalam pengusulan).
Menjalankan 'Nutrition Screening' di wad.

 

Johan Pertandingan QA (HSA-DSA) Kategori Poster Karnival Inovasi 2011

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013