Text Size
A+ A A-
Color Chooser
 default green blue contrast font_default red blue Language Other Language
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

General Medical Department

Pencapaian

Mesyuarat jabatan berjaya diadakan selama 4 kali pada tahun 2012. Walaubagaimanapun, perjumpaan mingguan semasa M&M diadakan setiap hari rabu bagi memastikan setiap masalah-masalah jabatan dapat diselesaikan dan memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Jabatan Perubatan juga amat aktif dan prihatin dalam memastikan pendidikan berterusan doktor-doktor serta paramedik adalah terjamin. Aktiviti-aktiviti akademik yang giat diadakan adalah seperti berikut.

1.         Mortality and Morbidity Meeting/Continuous Medical Education (CME) bersama-sama dengan sessi Medical Updates, diadakan setiap hari Rabu.

2.         Pembentangan Clinical Practice Guideline (CPG) bersama-sama dengan sessi Data and Imaging Interpretation, diadakan sebulan sekali,

3.         Sessi akademik mingguan untuk pegawai perubatan dan pegawai perubatan siswazah,

4.         Pembentangan Clinicopathological Conference (CPC) peringkat hospital,

5.         Dengue CPG Workshop berjaya diadakan sebanyak 6 kali (3 untuk doktor dan 3 untuk paramedik),

6.         Sessi Journal Club Rheumatology mingguan,

7.         Aktiviti CME bulanan Reumatologi Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Malaysian Society of Rheumatology (MSR), dan

Pihak jabatan juga telah berjaya menyediakan bilik di tingat 9 yang dikhaskan untuk pegawai-pegawai perubatan yang ingin menelaah. Pada tahun 2012, 2 orang pegawai perubatan telah berjaya lulus dalam peperiksaan akhir Membership of the Royal Colleges of Physicians (MRCP), United Kingdom (UK).

Jabatan ini juga tidak ketinggalan dalam melibatkan diri dalam bidang kajian. Di antara kajian-kajian yang berkaitan adalah seperti berikut.

1.         Gollimumab study

2.         Illuminate study

3.         BRAVECTA

4.         ENTRACTE

5.         JAK 3

6.         FLEX

7.         REFLEX

8.         HUMIRA Observational study

Perancangan Masa Hadapan

Pencapaian yang dirasai selama ini adalah hasil kerjasama semua anggota Jabatan Perubatan. Walau bagaimanapun, jabatan perubatan masih cuba meningkatkan mutu perkhidmatan dan sentiasa bersedia untuk memperbaiki kekurangan untuk masa hadapan. Pihak jabatan perubatan juga sentiasa memastikan aktiviti perkhidmatan, pendidikan dan latihan, serta aktiviti-aktiviti kualiti berjalan dengan lancar.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013