Text Size
A+ A A-
Color Chooser
 default green blue contrast font_default red blue Language Other Language
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

Obstetrics & Gynaecology

Perkhidmatan

PERKHIDMATAN

Jabatan ini memberi perkhidmatan pesakit luar di Klinik Pakar setiap hari kecuali hari Jumaat. Kes- kes Obstetrik diterima setiap hari manakala kes-kes Ginekologi dirawat pada hari Isnin dan Khamis. Jabatan ini juga memberi perkhidmatan Urogynecology , Klinik Infertility, Colposcopy dan Outpatient Hysteroscopy. Perkhidmatan FPP ( Fee paying Patients) juga di tawarkan di jabatan ini.

Untuk kes-kes Infertility, prosidur semen analysis dan Intrauterine Insemination dilakukan di klinik pakar dan prosidur In Vitro Fertilization di lakukan di Hospital Kuala Lumpur kerana kita tidak ada perkhidmatan embryologist.

Jabatan ini juga menjalankan Klinik Obstetrik bersama dengan Pakar Rheumatologi dan Pakar Perubatan Endocrine untuk pesakit – pesakit obstetrik yang mempunyai masalah semasa mengandung.

Klinik O+G di Hospital Kuala Kubu Baru di kendalikan dua kali sebulan oleh pakar dari jabatan ini.

Untuk rawatan dalam terdapat wad bersalin termasuk Patient Assessment Center(PAC) tiga wad Obstetrik ( 5A, 5B dan 5C ) dan satu wad Ginekologi ( 11C ). Setiap wad mempunyai 28 katil Wad Obstetrik kelas satu ( 11B) masih belum beroperasi kerana kekurangan jururawat.

Pembedahan caesarean elektif dan kecemasan dijalankan setiap hari dan pembedahan kes elektif ginekologi dilakukan pada hari Selasa dan Khamis.

PENGHARGAAN

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi ingin merakamkan terima kasih kepada Pengarah Hospital, Ketua – Ketua Jabatan Klinikal dan Sokongan Klinikal, Sokongan bukan Klinikal dan semua jururawat untuk sokongan dan bantuan yang di beri kepada jabatan Obstetrik dan Ginekologi.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013