Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain

header-mobile

  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4
  • Utama
  • Mengenai Kami
  • Kemudahan Awam

Kemudahan Awam

Kemudahan Awam

Tempat Letak Kenderaan

Tempat Letak Kenderaan disediakan di Aras Satu (Bawah) Bangunan Utama Hospital Selayang. Tempat Letak Kenderaan juga disediakan di sekitar Unit Kecemasan dan Rawatan Harian.

Kafeteria
Kafeteria Awam boleh dikunjungi di Aras Tiga berdekatan dengan Auditorium Hospital Selayang, Waktu operasi ialah pada setiap hari dari jam 7.00pagi sehingga 9.30malam.

Perpustakaan
Perpusatakaan terletak di Aras Tiga berdekatan dengan Auditorium dibuka kepada pelajar untuk kajian.

Surau
Surau utama terletak di aras tiga bedekatan dengan Jabatan Rekod Perubatan. Surau mini juga tedapat di setiap aras bangunan hospital.

Kedai Makanan & Bakeri
Kedai makanan & bakeri berada bersebelahan dengan Jabatan Kecemasan.

Kedai
Kedai serbaneka boleh dikunjungi di Aras Tiga Lobi Utama HS. Cenderahati HS juga boleh didapati di sini.

ATM
Perkhidmatan ATM :

ATM CIMB terletak di Aras Tiga Lobi Utama (bersebelahan kedai Hospimart/lift Aras 3 turun ke tempat letak kereta Aras 1)

ATM BSN terletak di Aras Tiga di Luar Lobi Klinik Pakar (berhadapan dengan pintu masuk).

Anjung Kasih
Anjung Kasih ialah kemudahan penginapan yang diberikan kepada keluarga pesakit yang memerlukan penempatan sementara sepanjang pesakit mendapat rawatan di HS. Kemudahan ini adalah percuma dan terhad. Keutamaan diberikan kepada individu yang menetap jauh dari Hospital Selayang dan juga bergantung kepada kekosongan bilik penginapan. Untuk maklumat lanjut boleh berhubung terus  dengan Bahagian Pentadbiran HS.


Taman Permainan
Taman Permainan Kanak-kanak Mini terdapat di ruang rehat berdekatan Klinik Pakar Oftalmologi Aras Tiga.

Taska
Kemudahan taska disediakan kepada kakitangan HS bagi memudahkan urusan harian.


Asrama
Kemudahan asrama disediakan kepada kakitangan HS yang memerlukan tempat tinggal berdekatan.


Kemudahan teksi
Terdapat perhentian teksi disediakan di hadapan lobi utama.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013