Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain

header-mobile

  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4
  • Utama
  • Berita
  • Makmal Patologi Diiktiraf dengan Persijilan Akreditasi

Berita

Makmal Patologi Diiktiraf dengan Persijilan Akreditasi

16 Jun 2015 - Satu majlis penganugerahan Persijilan Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) di bawah Standards Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi Jabatan Patologi telah berlangsung di Auditorium Hospital Selayang. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr Balachandran a/l Satiamurti, Pengarah Hospital Selayang, Dr hjh Siti Zaleha Bt Mohd Salleh, Ketua Jabatan Patologi, Datin Dr Kalavathy a/p Ramachandram dan anggota kerja Jabatan Patologi. Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Akreditasi, Jabatan Standard Malaysia, Puan Fariza Wan Abdullah yang sudi menyerahkan Sijil Akredetasi tersebut.

Persijilan SAMM ini memenuhi standard piawaian MS ISO 15189 'Medical Laboratories - Particular requirement for Quality and Competence' dan berkuatkuasa bermula 30 Mac 2015 sehingga 30 Mac 2018. Skop Akreditasi yang terlibat adalah terdiri daripada ujian-ujian Histopatologi, Saitopatologi, Patologi Kimia, Hematologi, Tranfusi Darah, Mikrobiologi dan Virologi.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013