Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain

header-mobile

Sekolah Dalam Hospital (SDH)

Pengenalan

Apa itu Sekolah Dalam Hospital (SDH)?

SDH adalah program jaringan kerjasama agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam aspek pembelajaran bagi memenuhi prinsip pendidikan untuk semua.

Dilancarkan pada 26 Julai 2011 oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Mohd Yassin.

Apakah Objektif Penubuhan SDH?

  • Menyediakan pendidikan yang formal dan berstruktur di dalam persekitaran yangkondusif secara santai (fun learning) bagi murid yang sedang dirawat di hospital.
  • Menyediakan pendidikan di hospital bagi murid yang sakit melalui pelbagai pendekatan sebagai satu bentuk terapi.
  • Menyediakan pendidikan kepada semua peringkat umur persekolahan tanpa mengira batasan tempat dan keadaan.
  • Menyokong dan memberi rangsangan kepada murid untuk meneruskan pembelajaran supaya tidak tercicir di dalam pelajaran.

Bagaimanakah program SDH dijalankan?

  • Murid SDH akan mengikuti pembelajaran di wad atau kelas.
  • Murid yang diajar merangkumi prasekolah, Sekolah rendah dan menengah.
  • Terdapat 2 sesi pembelajaran

1) 10.00 pagi– 12.00 tgh
2) 2.00 ptg- 4.00 ptg

  • Fokus utama adalah pengajaran subjek teras iaitu Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris,Matematik dan Sains
  • Takwim sesi persekolahan mengikut sesi sekolah harian biasa.
  • Untuk keterangan lanjut, sila hubungi jururawat bertugas atau berurusan terus ke Sekolah Dalam Hospital, Tingkat 8 (Wad 8A),Jab. Pediatrik,Hospital Selayang.

Program Transisi

Program Transisi SDH merupakan satu aktiviti permulaan iaitu suai kenal SDH SELAYANG khusus untuk murid-murid yang mendapat rawatan di wad hospital ini. Program ini juga diadakan untuk memperkenalkan kewujudan sekolah dalam hospital kepada pesakit bagi memastikan pendidikan dapat diakses oleh semua kanak-kanak tanpa batasan dan keadaan.

 

 

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013