Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain

header-mobile

  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

Sekretariat Kualiti

Pengenalan

Sekretariat Kualiti Hospital Selayang telah beroperasi pada tahun 1999 dan menunjukkan prestasi yang memuaskan dan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti. Sekretariat ini diketuai oleh Pengarah Hospital dan diselaraskan oleh Pengurus Kualiti Ketua Penolong Pengarah Kanan ( Perubatan) dan dibantu oleh seorang Ketua Jururawat U32 yang menjaga Sekretariat Kualiti, tiga orang Jururawat Terlatih U29 dan seorang Pembantu Tadbir N17. Sekretariat Kualiti menggunakan Visi dan Misi Hospital Selayang sebagai panduan perlaksanaan aktiviti.

Visi, Misi & Objektif

Visi

Visi Hospital Selayang dijadikan sasaran perkhidmatan iaitu:-
Ke arah institusi perubatan terbilang di dunia.


Misi

Sekretariat Kualiti menggunapakai misi Hospital Selayang dalam memberi perkhidmatan.

  • Mempertingkat sistem penyampaian perkhidmatan secara komprehensif, efisien dan efektif, selamat dan berkualiti, mesra dan penyayang.
  • Mempertingkat pembangunan warga kerja yang profesional dan kompeten, berpengetahuan dan berkemahiran, berdisiplin dan beretika, berintegriti, inovatif dan kreatif.
  • Mempertingkat kerjasama dan jaringan mempromosi kesihatan.

Objektif

  • Memperkukuh dan mematuhi piawaian kebangsaan dan antarabangsa sistem jagaan kesihatan.
  • Memperkukuh program pembangunan profesional dan pendidikan berterusan.
  • Memperkukuh budaya penyelidikan ke arah peningkatan kualiti sistem jagaan kesihatan.
  • Memperkukuh persekitaran penempatan sejahtera.

Pencapaian

2 kumpulan KIK iaitu Kumpulan KIK Jabatan Farmasi telah menang Johan pertandingan Karnival Inovasi Peringkat Negeri 2013 manakala Kumpulan KIK dari Jabatan ORL telah mendapat tempat Ketiga semasa pertandingan Karnival Inovasi Peringkat Negeri 2013 .

Tahun 2014

Satu Kumpulan KIK telah berjaya mendapat naib johan semasa pertandingan Karnival Inovasi anjuran oleh JKNS yang diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda,Seksyen.13, Shah Alam pada 4-5 Nov 2014.

i. Berjaya melaksanakan kursus Budaya Korporat sebanyak 2 kali, kursus Soft Skill 2 kali pada tahun 2014. Berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Program Perubatan JKNS.
ii. Telah melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan iaitu 2 kali bagi Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran dan 1 kali Kajian Kepuasan Pelanggan Dalaman.

Tahun 2015

Satu Kumpulan KIK telah berjaya mendapat naib johan semasa Konvensyen KIK KKM di peringkat Kebangsaan pada 24-27 Ogos 2015 di Bayou Lagoon Melaka.

i. Berjaya melaksanakan kursus TOT bagi Budaya Korporat dan Soft Skill pada tahun ini .

Aktiviti Jabatan

AKTIVITI –AKTIVITI 2015

Bengkel KIK :- 1-2 / 9/2015

KONVENSYEN KIK PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2015

24-27/8/2015 BAYOU LAGOON RESORT MELAKA

MAJLIS PELANCARAN MODUL BUDAYA KORPORAT JKNS - 7/9/2015

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013