Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

Unit Perhubungan Awam

Pengenalan

Pada awalnya penubuhan Unit Perhubungan Awam diletakkan di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Selayang dengan seorang Pembantu Tadbir Kanan (N22) yang menjalankan pengurusan aduan-aduan yang melibatkan pelanggan Hospital Selayang.  Pada Ogos 2007 secara rasminya Unit Perhubungan Awam ditubuhkan dengan menempatkan seorang Pegawai Perhubungan Awam Gred (S27). 

Sejak itu, operasi Unit Perhubungan Awam makin berkembang dengan memberi fokus utama sebagai penghubung antara pihak hospital dengan pelanggan/orang awam. Tugas-tugas perhubungan awam dapat dilaksanakan secara profesional. Pada tahun 2009 pertambahan perjawatan dalam Unit ini telah dilaksanakan dengan kemasukkan seorang lagi Pegawai Perhubungan Awam (PRO) bergred (S41) untuk mengetuai Unit ini. Kini, Unit Perhubungan Awam telah dianggotai oleh tiga orang kakitangan iaitu seorang Penolong Pegawai Perhubungan Awam (PPRO) Gred S29, seorang Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP) Gred N19 dan seorang lagi Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Sambilan Gred N19.

Misi, Visi & Objektif

Misi
Memberi perkhidmatan pengurusan aduan awam, media dan lawatan sosial dan korporat yang efisyen dan berkesan

Visi
Menjadi penghubung antara orang awam dengan organisasi bagi memastikan pelanggan menerima mesej dan maklumat yang betul

Objektif
Membantu orang awam mendapatkan penjelasan yang betul mengenai prosedur dan perkhidmatan di Hospital Selayang

Perkhidmatan dan Pencapaian

Perkhidmatan Unit Perhubungan Awam :

1. Penyelaras Aduan Awam
Pengurusan aduan awam diselaras mengikut Garis Panduan Pengurusan Aduan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pekeliling aduan yang berkaitan

2. Aktiviti Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan
Memberi penerangan dan penjelasan mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh Hospital Selayang kepada orang awam.

3. Penyelaras Perhubungan Media
Urus setia dan penyelaras untuk sidang akhbar/sidang media, penggambaran TV/Radio serta sesi temubual anggota kesihatan Hospital Selayang mengenai isu kesihatan.

4. Urus Tadbir Lawatan Sosial dan Khidmat Korporat
Menjadi urus setia/penyelaras lawatan social NGO dan agensi kerajaan dan swasta.

5. Pemantauan Media Cetak Arus Perdana
Memantau isu/aduan berkenaan Hospital Selayang di akhbar utama.

Pencapaian Unit:UPA 1

Pada tahun 2018, sebanyak 109 aduan yang telah diterima dan sebanyak 88 kes aduan adalah di dalam kategori aduan mudah dan sederhana. Daripada 88 aduan mudah dan sederhana, 74 kes aduan (84%) dapat diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja melepasi peratus penyelesaian aduan untuk indicator HPIA dan KPI PKN manakala 14 kes aduan selebihnya melebihi tempoh 15 hari bekerja.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013