Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain

header-mobile

  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

Carakerja Rehabilitasi

Pengenalan

Pemulihan Carakerja adalah rawatan pemulihan yang spesifik melalui aktiviti terapeutik terpilih ke atas pesakit di setiap peringkat umur yang menghadapi masalah dari segi fizikal, psikologikal dan sosial. Matlamat pemulihan adalah untuk membantu pesakit meningkat dan mengekalkan tahap kefungsian yang maksima dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Ciri paling penting dalam pemulihan carakerja adalah penglibatan aktif individu di dalam proses pemulihan terapeutik ini.

Jabatan ini memberi perkhidmatan untuk pesakit luar dan pesakit dalam yang dirujuk dari pelbagai disiplin termasuk jabatan Otopedik, Perubatan, Pediatrik, Surgikal dan Psikiatri.

Pada tahun 2012, jabatan ini beroperasi dengan 14 anggota yang terdiri dari seorang Pegawai Pemulihan Carakerja U41, seorang Jurupulih Carakerja U36, dua Jurupulih Carakerja U32, tujuh Jurupulih Carakerja U29 dan tiga Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Seorang Jurupulih Carakerja telah di pinjam dari Hospital KKB bermula November 2012 untuk memantapkan perkhidmatan yang sedia ada.

Perkhidmatan Yang Diberikan

Pada tahun 2012 juga perkhidmatan Pemulihan Carakerja telah mula dikembangkan ke perkhidmatan Paliatif. Perkhidmatan Disiplin lain juga diteruskan. Perkhidmatan Pemulihan Carakerja di hospital Selayang meliputi rawatan seperti berikut:

  1. Aktiviti Remedial –bagi meningkatkan / mengekalkan fungsi fizikal, julat sendi dan fungsi kognitif
  2. 'Splinting'
  3. 'Pressure Garment / Burn / Hyperthropic Scar Management'
  4. Latihan dalam Aktiviti Kehidupan Seharian (ADL)
  5. Alat bantuan / adaptasi peralatan
  6. Terapi relaksasi / pengendalian
  7. Latihan dalam 'Work Hardening'
  8. Penilaian Pra-memandu
  9. Penilaian / Latihan Kerusi Roda
  10. 'Home Management'
  11. 'Behavior Modification'
  12. 'Social Therapy'
  13. Lawatan – ke rumah, sekolah / tempat kerja.

Senarai Aktivti Yang Dilaksanakan

       Jabatan Pemulihan Carakerja telah berjaya menjalankanbeberapa aktiviti Sepanjang tahun 2012 seperti berikut:

  • Telah berjaya menempuhi audit persijilan Akreditasi serta aktiviti kualiti lain seperti ISO 9001: 2008, Akreditasi, NIA, KPI, Kajian Kepuasan Pelanggan telah diteruskan.
  • Lawatan ke Sekolah Sri Kelana telah diteruskan sebagai program 'out reach' jabatan untuk membantu terapi pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas.
  • Klinik Prostesis telah diteruskan pada setiap hari Khamis minggu ke tiga tiap-tiap bulan dengan kerjasama Jabatan Otopedik dan Teh Lin Prosthetic Sdn.Bhd.
  • Klinik Kasut telah diadakan setiap bulan bermula pada November 2012 dengan kerjasama MyORTHO
  • Kelas pendidikan bagi pesakit angin ahmar telah diteruskan pada setiap petang hari Selasa minggu pertama tiap-tiap bulan dengan kerjasama penceramah dari Jabatan Perubatan, Farmasi dan Dietetik & Sajian sehingga diperhentikan sementara pada bulan November 2012.
  • 'Stroke Party' telah berjaya dijalankan pada 7 Jun 2012 dengan penglibatan aktif pesakit angin ahmar, keluarga dan juga anggota jabatan.
  • Program Hari Istimewa Bersama Pesakit Rheumatoid Arthritis(RA) dan Carpel Tunnel Syndrome(CTS) serta De Quvervain telah berjaya diadakan pada 17 Oktober 2012.
  • Program ‘ Paeds Graduation Day’ telah diadakan pada 23 Oktober 2012 memandangkan sambutan yang baik pada tahun-tahun sebelumnya.
  • Satu slot sesi CME hospital berkaitan Sensory Integration (SI) untuk kanak-kanak telah diberikan pada24 Oktober 2012 oleh anggota jabatan.
  • Kumpulan Kumpulan Inovasi dan kreativiti KIK Jabatan OFIT telah berjaya mengambil bahagian dalam Karnival Kualiti Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor yang diadakan pada 26 November 2012.
  • Telah mengambil bahagian dalam Sambutan Minggu Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Hospital Selayang dengan mengadakan tapak pameran dan jualan hasil pesakit psikiatrik.

Gambar semasa aktiviti:

   stoke party   paeds  
    cts 


Latihan Dan Pendidikan

Jabatan Pemulihan Carakerja telah menghantar anggota berkursus di luar atau di dalam Hospital Selayang secara bergilir-gilir untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kualiti perkhidmatan anggota. Sasaran adalah setiap anggota perlu menghadiri kursus /seminar/ bengkel sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun.

          

Jabatan juga mengadakan CME jabatan setiap bulan disamping menggalakkan anggota menghadiri CME hospital yang berkaitan. 'OCCT Ward Round' diadakan setiap pagi Jumaat supaya anggota jabatan dapat berkongsi maklumat dan kepakaran demi mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit dalam disamping mengetahui rawatan terkini.

Jabatan ini juga melatih pelatih-pelatih Jurupulih Carakerja dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (pelatih program diploma) dari UiTM (pelatih program diploma dan sarjana muda) serta dari UKM (pelatih program sarjana muda) yang memohon menjalani latihan praktikal.

Penutup

Jabatan Pemulihan Carakerja Hospital Selayang telah berjaya meningkatkan kualiti perkhidmatan sejajar dengan sumber manusia yang sedia ada serta peruntukan yang diterima sepanjang tahun 2012. Jabatan akan terus berusaha memantapkan lagi rawatan yang diberikan pada masa hadapan dengan mempunyai tenaga kerja mahir dan penglibatan aktif dalam aktiviti kualiti serta mengembangkan lagi skop perkhidmatan.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013