Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain

header-mobile

  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

Kawalan Infeksi

Pengenalan

Unit Kawalan Infeksi mula beroperasi pada tahun 1999 yang bernaung di bawah Pengarah Hospital Selayang berlokasi di aras 4 Jabatan Patologi Hospital Selayang. Unit Kawalan Infeksi dipengerusikan oleh Dr Laila Kamaliah Kamalul Bahrin (Pakar Anaesthesiology) dan penasihat adalah pengarah hospital. Unit Kawalan Infeksi dan ahli jawatankuasa dilantik terdiri daripada Pakar-Pakar Jabatan dan Unit (pakar Pembedahan, Perubatan, Neonate, Patologi, Farmasi, Dewan Bedah, kejuruteraan, pihak Radicare, Unit Kesihatan Awam dan Unit Kawalan Infeksi. Semua penglibatan aktiviti kualiti dibantu oleh Link Nurse yang telah dilantik di setiap wad/unit untuk membantu dalam kawalan infeksi.

Visi, Misi & Objektif

Visi

Visi Hospital Selayang dijadikan sasaran perkhidmatan iaitu

Menjadi sebuah hospital terbilang di peringkat antarabangsa yang memberi perkhidmatan perawatan perubatan yang profesional, berkualiti dan mesra pelanggan berlandaskan Teknologi Maklumat.

Misi

Unit Kawalan Infeksi menggunapakai misi Hospital Selayang dalam memberi perkhidmatan.

  • Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, selamat, efisyen, efektif dengan mengutamakan pelanggan.
  • Berkerjasama dengan masyarakat untuk mempromosi penjagaan kesihatan.
  • Komited untuk membangunkan tenaga kerja yang beretika, cekap dan berdisiplin.
  • Membentuk organisasi yang berteraskan ilmu pengetahuan, inovatif, telus

Objektif

Bertanggung jawab didalam mencegah jangkitan nosokomial dan penyakit berjangkit dikalangan:

  1. Pesakit kepada pesakit
  2. Pesakit kepada kakitangan hospital
  3. Kakitangan kepada pesakit/pelawat
  4. Persekitaran / tempat kerja yang selamat

Aktiviti Yang Dijalankan

  1. Mesyuarat bersama Hospital Infection Antibiotic Control Comittee 5 kali setahun
  2. Mesyuarat bersama Link Nurse Kawalan Infeksi 4 kali setahun
  3. Orientasi wargakerja Hospital Selayang yang baru melaporkan diri.
  4. Pemantauan wad dan environment audit
  5. Program seminar/ bengkel/ continuous nursing education
  6. Menghadiri kursus / seminar / ceramah dalam dan luar hospital
  7. Bekerjasama dengan link nurses kawalan infeksi dalam pemantauan kawalan infeksi.
  8. Hand hygiene compliance surveillance yang dilakukan setiap bulan dan data dihantar ke JKNS dan KKM.
  9. Aktiviti Air Sampling dan Air Particulate Count mengikut jadual dan bila diperlukan.
  10. Pemantauan needle / sharps injury / body splash yang dilakukan berterusan.
  11. Pemantauan MRSA, ESBL dan Health Care Associated Infections dilakukan setiap hari dan data dihantar ke Unit Kualiti, JKNS dan KKM
  12. Point Prevalence study – 2 kali setahun (minggu petama bulan Mac dan September)
  13. Surgical Site Infection untuk clean wound operation (incision per-abdomen) dilakukan untuk wad Surgikal dan Obstetrik & Gynaekologi.

             

hiacc hiacc2
Mesyuarat bersama HIACC dan Link Nurse Infection control

                    

kempen kempen2
Program bersama Link Nurse Kempen Hand Hygiene & Lawatan Teluk Panglima Garang  
air sampling air count
Air sampling
Air particulate count

Pencapaian

  1. Pemantauan needle / sharps injury/ body splash dilakukan oleh Unit Kawalan Infeksi bersama dengan Unit Kesihatan Awam. Pelbagai usaha dilakukan antaranya adalah:
    1. membeli rak untuk tiub spesimen,
    2. pembelian combi red untuk penutup sampel ABG,
    3. Inovasi bakul MPSB diperkenalkan bagi menggantikan kekurangan troli pengambilan darah di wad.
gambar 1 anak panah gambar2
  1. Memaparkan data kejadian tusukan jarum di lamanweb Interanet Hospital Selayang untuk tatapan semua.

    gambar3
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013