Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain

header-mobile

Latar Belakang Pergigian

Kepakaran Pergigian Pediatrik adalah salah satu kepakaran dalam bidang pergigian yang di tempatkan di hospital- hospital utama di Malaysia. Jabatan Pergigian Pediatrik telah bertapak di Hospital Selayang mulai Disember 2008 bila seorang Pakar Pergigian di tempatkan secara tetap di hospital ini.

Jabatan Pergigian Pediatrik ini telah di ikhtiraf sebagai Jabatan yang berasingan dari Jabatan Bedah Mulut sebagaimana surat Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil (50) dlm KKM.60(11)/2 Jld 1 bertarikh 16 April 2010. Pengasingan ini merangkumi pengurusan sumber fizikal (peralatan, bahan, fasiliti), pengurusan modal insan, kewangan dan data. Walau bagaimanapun sejak Jabatan Pergigian Pediatrik ini di mulakan di hospital ini, jabatan ini telah menggunakan dan berkongsi fasiliti Jabatan Oral & Maksilofasial (OMFS) yang telah beroperasi sejak tahun 2000. Semuga di masa akan datang Jabatan ini dapat mempunyai fasilitinya sendiri untuk kebaikan jabatan ini dan juga Jabatan OMFS.

Visi, Misi & Objektif

2.1 Visi

Membantu anggota masyarakat mencapai dan mengekalkan kesihatan yang optimum

2.2 Misi

Memberi perkhidmatan yang mesra, penyayang dan komprehensif yang sesuai, berinovatif, berkesan dan kos efektif

2.3 Objektif

2.3.1 Menerima dan merawat rujukan kes kes pergigian pediatrik untuk rawatan sekunder di hospital

2.3.2 Mengendalikan kes kes oral- maksilofacial dan anomaly kegigian bersama Pakar pakar Orthodontik dan Pakar Bedah Maxilofasial

2.3.3 Menjadi pusat latihan untuk anggota pergigian yang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang pergigian

2.3.4 Menjalankan kajian sebagai sumbangan untuk meningkatkan pengetahuan dalam sesuatu bidang pergigian dan perubatan.

Skop Perkhidmatan

Jabatan ini memberi rawatan kesihatan mulut dan pergigian yang komprehensif kepada semua kes kes yang di rujuk sebagai pesakit luar dan pesakit dalam :

3.1  Rawatan pergigian terhadap kanak kanak yang mempunyai masalah perubatan terutamanya di Selayang adalah seperti pesakit hepato biliary, pesakit transplant, pesakit Rhematology dan pesakit pesakit kronik yang lain

3.2  Rawatan pergigian untuk kanak kanak istimewa seperti golongan kanak kanak dengan kecacatan fizikal, mental dan pembelajaran yang tidak dapat di rawat di klinik pergigian primer

3.3  Rawatan pergigian untuk masalah pergigian yang spesifik seperti amolegenesis dan dentinogenesis imperfecta, hypodontia, supernumerary dan sebagainya

3.4  Rawatan oro fasial akibat trauma yang melibatkan kecederaan tisu lembut, kegigian, rahang yang memerlukan penjagaan jangka masa pendek dan panjang.

3.5   Rawatan pembedahan dento alveolar seperti pembedahan gigi terimpak, gigi supernumerary dan biopsi serta pembuangan lesi untuk pathologi mulut

3.6    Rawatan orthodontik interseptif untuk kanak kanak sehingga mereka boleh menjalani rawatan orthodontik

3.7    Menyediakan latihan untuk personel personel tertentu yang memerlukan ‘attachment’ di hospital

Aktiviti Jabatan

                Aktiviti       Tarikh                 Lokasi   Catatan 
 Menghadiri MAPD seminar serta  pembentangan ‘Case Report ‘ 12-14 April 2019  Weil Hotel, Ipoh  
 Menghadiri Basic Paediatric Life Support  18-19 Jun 2019 Hospital Shah Alam  
 

 Jamuan Hari Raya Jabatan bersama  Jabatan OMFS

 26 Jun 2019  Jabatan Pergigian  Pediatrik dan Jabatan OMFS  
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013