Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain

header-mobile

Latar Belakang Unit Endokrin

Perkhidmatan Endokrinologi bermula di Hospital Selayang sejak tahun 2010 dan kini anggota-anggotanya terdiri daripada dua orang Pakar Perunding Endokrinologi, dua orang pegawai perubatan secara berkala, seorang jururawat diabetic terlatih dan seorang jururawat masyarakat. Selain itu, Unit Endokrin juga merupakan tempat latihan subkepakaraan endokrinologi untuk Pegawai Pakar Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Misi, Visi & Objektif

Misi

  1. Memberi perkhidmatan endokrin yang komprehensif, berkualiti, cekap, tepat dan selamat.
  2. Mempertingkatkan pembangunan kompetensi, pengetahuan dan kemahiran warga kerja yang berprofesional dan kompeten, berdisiplin dan beretika, berintegriti, inovatif dan kreatif.

VISI

Menjana sebuah pasukan perubatan yang efisyen dan berdedikasi yang sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan ke arah penampilan sebagai pusat kecemerlangan dalam perkhidmatan endokrin.

OBJEKTIF

  1. Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh warga kerja dilaksanakan secara professional, cekap dan berkualiti sepanjang masa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
  2. Menyediakan dan memperkukuhkan program latihan secara berterusan dan berkesan kepada anggota di bawah jagaan bagi melahirkan kakitangan yang cekap dalam melaksanakan tugas.
  3. Memperkukuh budaya penyelidikan ke arah peningkatan kualiti sistem jagaan kesihatan.

Perkhidmatan Dan Pencapaian Unit Endokrin

  1. Rawatan klinik pesakit luar untuk kes-kes diabetes mellitus setiap hari Selasa (termasuk klinik young-onset diabetes pada minggu pertama dan klinik type 1 diabetes pada minggu kedua)
  2. Rawatan klinik pesakit luar untuk kes-kes endokrin setiap hari Jummat
  3. Rawatan klinik gabungan endokrin-obstetrik pada hari Khamis, minggu yang kedua and keempat setiap bulan
  4. Rawatan klinik pam insulin / CGM (continuous glucose monitoring) pada hari Rabu untuk pesakit-pesakit yang mengunakan peralatan pam insulin infusi berterusan dan/atau sistem pemantauan glukosa berterusan (CGM)
  5. Klink pengajian (Research Clinic) pada hari Khamis (ad-hoc) untuk manjalankan aktiviti-akviviti yang berkaitan dengan industry sponsorsed atau investigator initiated research
  6. Menerima rujukan kes-kes endokrin dan diabetes mellitus daripada jabatan perubatan, jabatan-jabatan lain dalam hospital, hospital-hospital lain dan klinik kesihatan
  7. Menggubah, merancang dan mengimplementasikan polisi dan protocol yang berkaitan dengan pengurusan glysemia dalam hospital (inpatient glycemic management) serta ujian dinamik endokrin untuk pengunnaan semua jabatan di Hospital Selayang
  8. Mewujudkan database untuk penyakit endokrin: Young-onset type 2 diabetes, type 1 diabetes, adrenal incidentaloma, primary hyperaldosteronism etc.
  9. Penerbitan / Pembentangan (2018-2019):
    1. Right ventricular dysfunction and pulmonary hypertension: A neglected presentation of thyrotoxicosis. 
      - Dibentangkan di Malaysia Endocrine & Metabolic Society Annual Congress, 19-21 May 2017
      - Diterbitkan di Endocrinology, Diabetes & Metabolism Case Report 2018. DOI: 10.1530/EDM-18-0012
    2. A study on type 1 diabetes mellitus from diabetes clinic, Selayang Hospital: clinical characteristics, HbA1c and diabetic ketoacidosis.
      - Dibentangkan di Malaysia Endocrine & Metabolic Society Annual Congress, 3-5 May 2018.
    3. Pituitary abscess with an infarcted pituitary adenoma in an immunocompetent patient: A case report 
      Dibentangkan di Malaysia Endocrine & Metabolic Society Annual Congress, 3-5 May 2018.
    4. Weathering the Crisis- A case of Thyroid Crisis with Propranolol-Induced Circulatory Collapse Successfully treated with Therapeutic Plasma Exchange. 
      - Diterima untuk penerbitan dalam Journal of Asean Federation of Endocrine Societies on 16 May 2019 (in press)

Aktiviti Unit Endokrin

 Aktiviti  Tarikh  Lokasi Catatan 
Endokrin Grand Ward Round Setiap Isnin pagi dan Rabu pagi Wad-wad Hospital Selayang Diketuai olen pakar perunding endokrin
Diabetes Grand Ward Round Setiap Isnin petang Wad-wad Hospital Selayang Melibatkan semua anggota yang terlibat dalam pengurusan diabetes (doktor unit endokrin, diabetes nurse educator, pegawai farmasi, dietitian).

Untuk menguatkuasakan implementasi operasi standard prosedur pengurusan glysemia dalam hospital dan memberi bimbingan kepada pegawai perubatan serta pesakit.diabetes.
CME Endokrin 1 sesi untuk setiap 3 bulan Pejabat Pakar Hospital Selayang Melibatkan semua anggota yang terlibat dalam pengurusan diabetes (doktor unit endokrin, diabetes nurse educator, pegawai farmasi, dietitian).

Untuk menguatkuasakan implementasi operasi standard prosedur pengurusan glysemia dalam hospital dan memberi bimbingan kepada pegawai perubatan serta pesakit.diabetes.
Kelab Jurnal Rabu yang pertama setiap Pejabat Pakar Hospital Selayang  Untuk semua doktor dalam unit Endokrin
Interhospital combined endocrine CME Selasa yang terakhir setiap bulan Hospital Putrajaya/Pusat Perubatan Universiti Malaya/Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Pembetangan dan perbincangan kes-kes endokrin yang melibatkan dilemma dalam diagnosis atau perancangan rawatan
Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2018  29/11/2018 Lobi Utama Hospital Selayang  Peserta: Pelawat-pelawat hospital
Ceramah Diabetes Setiap Selasa pagi dan Khamis petang Pusat Sumber Diabetes Pesakit-pesakit rujukan
Ceramah Interaktif Ramadhan 17/4/2019 Bilik Seminar Klinik Pakar 38 peserta
Saringan diabets sempena bulan nutrisi 24/4/19 Lobi utama Hospital Selayang 300 peserta
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013