Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain

header-mobile

  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

Oftalmologi

Pengenalan

Jabatan Oftalmologi Hospital Selayang adalah pusat rujukan untuk penyakit mata bagi peringkat Nasional dan kawasan sekitarnya. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan sekunder dan tertiari.

Visi, Misi, Piagam Pelanggan, Objektif

Visi
Kecemerlangan dalam perkhidmatan penjagaan mata

Misi

Kami komited bagi:

  1. Memberikan perkhidmatan oftalmologi berkualiti
  2. Latihan berterusan kepada semua staf agar dapat merealisasikan visi kami
  3. Promosi kesihatan mata, pencegahan kebutaan dari punca yang dapat dielakkan, rehabilitasi visual, dengan penekanan terhadap penglibatan setiap individu dalam proses penjagaan
  4. Berusaha mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang corak penyakit mata tempatan bagi membolehkan strategi penjagaan kesihatan yang berkaitan lebih berkesan sewaktu perancangan dan penilaian

Piagam Pelanggan

1. Pesakit akan diberi perkhidmatan yang mesra
2. Pesakit akan dilayan dengan cepat
3. Pesakit akan diberi perkhidmatan yang berkualiti
4. Pesakit akan diberi maklumat tentang penyakitnya
5. Pesakit akan diberi hak untuk mengurus rawatannya
6. Kerahsiaan pesakit akan dipastikan

Objektif

  1. Menyediakan perkhidmatan klinikal yang cemerlang dalam suasana yang mesra pesakit, sentiasa berusaha untuk mengoptimumkan keselesaan pesakit
  2. Memainkan peranan aktif dalam pembangunan profesional berterusan kakitangan terlibat dalam penjagaan mata melalui program pendidikan perubatan berterusan setempat
  3. Memainkan peranan kepimpinan dalam menetapkan piawaian amalan klinikal
  4. Mengambil bahagian dalam klinik dan sistem penyelidikan kesihatan dengan melibatkan pengumpulan data berterusan klinikal

Perkhidmatan subspecialty yang disediakan :

1. Pusat Rujukan Tertiari:

a. Vitreoretina – juga merupakan pusat latihan untuk kepakaran (fellowship)
b. Medikal Retina dan Uveitis- merupakan satu-satu pusat rujukan untuk Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia. Juga merupakan pusat latihan kepakaran ( Fellowship) dan sering menerima pakar untuk latihan sangkut jangka pendek . Pakar-pakar juga menjalankan lawatan klinikal untuk Hospital-hospital di Malaysia mengikut ketetapan yang dilakukan secara berkala.

Hospital Selayang menyediakan peralatan pemeriksaan yang canggih dan terkini. Unit Medikal Retina dan Uveitis juga terpilih untuk terlibat dalam kajian global yang melibatkan lain-lain Negara di seluruh dunia.( Luminous Study & PCV study)


2. Pusat Rujukan Sekunder

a. Glaucoma- mengadakan latihan untuk pakar dalam latihan fellowship
b. Oculoplasty- juga member perkhidmatan bersama dalam pembedahan dengan unit maxillofacial dan neurosurgery untuk kes-kes yang memerlukan perkhidmatan bersama.
c. Paediatric Ophthalmology and Strabismus- menyediakan latihan untuk pakar dalam latihan fellowship.

3. General Ophthalmology

Merupakan perkhidmatan utama dan menyediakan pembedahan katarak dan lain-lain perkhidmatan am yang lain. Hospital Selayang juga telah berjaya menyediakan Pusat Pembedahan Katarak MAIWP- H. Selayang dibawah strategi Lautan Biru ( Blue Ocean strategy) antara: Majlis Agama Islam W.Persekutuan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ianya telah beroperasi semenjak December 2012 dan mampu melakukan 30 kes katarak sehari.Walaubagaimana pun ianya masih dalam peringkat awal operasi dan akan membantu mengurangkan waktu menunggu pembedahan katarak . Pusat Pembedahan katarak ini dijayakan bersama oleh Pakar-pakar dari Hospital-hospital sekitar Selangor (Ampang, Serdang, Sg Buloh) dan juga Hospital Putrajaya dan H. Kuala Lumpur.

Lain-lain Informasi

  1. Jabatan Oftalmologi hospital Selayang juga terlibat secara langsung dalam menyediakan perkhidmatan pesakit luar untuk Hospital Orang Asli Gombak. Ianya dijangka bermula pada bulan Julai 2013 dan juga akan bekerjsama dengan lain-lain hospital di Selangor dan Wilayah Persekutuan

  2. Jabatan Oftalmologi H. Selayang juga merupakan pusat latihan untuk pegawai perubatan lepasan ijazah ( Master in Ophthalmology) bagi Universiti di Malaysia ( U. Kebangsaan Malaysia, Uni. Sains Malaysia dan Uni. Malaya)

  3. Jabatan juga aktif melibatkan diri dalam kajian-kajian dan telah berjaya mendapat penerbitan jurnal.

  4. Jabatan Oftalmologi juga menjadi pusat latihan untuk pelajar pos basik oftalmik ( 6 bulan)

  5. Jabatan juga mengendalikan kursus Diabetik Retinopathy Workshop setiap tahun dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Dan juga mengadakan latihan sangkut selama 2 minggu untuk penggunaan Fundus kamera bagi saringan Diabetik Retinopati.
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013