Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

PEMBERITAHUAN GANGGUAN SISTEM PERAWATAN PESAKIT (HIS) HOSPITAL SELAYANG

Adalah dimaklumkan bahawa aplikasi Hospital Information System Hospital Selayang (HIS) sedang mengalami masalah teknikal bermula 4 Mei, 2019.

Masalah sistem ini akan menyebabkan terjadinya gangguan kepada akses rekod perawatan pesakit menyebabkan kelewatan dalam tempoh perawatan. Buat masa ini, Bahagian Teknologi Maklumat sedang berusaha untuk mengenalpasti punca masalah dan akan terus memantau semua aktiviti pembaikan yang dijalankan sehingga selesai dan aplikasi HIS berfungsi seperti biasa.

Para pelanggan Hospital Selayang diharap dapat memberi kerjasama kepada pihak hospital dan kakitangan. Perkembangan terkini akan dimaklumkan dari masa kesemasa.

Pengarah
Hospital Selayang.

Hari Bertemu Pelanggan Hospital Selayang Februari 2019

HBP

Hari Bertemu Pelanggan Hospital Selayang Februari 2019.

Anda boleh mendapatkan penerangan mengenai perkhidmatan di Hospital Selayang secara terus daripada Jabatan/Unit yang terlibat semasa Hari Bertemu Pelanggan (HBP) ini.

Maklumbalas / aduan / cadangan / penghargaan mengenai perkhidmatan Hospital Selayang juga boleh disalurkan melalui HBP.

Jangan risau kalau anda tidak sempat berjumpa dengan petugas semasa HBP, anda boleh terus mengemukakan maklumbalas melalui emel allpro [AT] selayanghospital [DOT] gov [DOT] my

Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2018

Hospital Selayang telah mengadakan Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2018 dengan Tema “Sukarelawan Pencetus Peluang” pada 5.12.2018. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital Selayang, Dr. Sakinah binti Alwi dan diserikan dengan kehadiran Artis Dato Ahmad Fauzee, Adlin Aman Ramli dan Ayu Cendana.

Pada majlis ini juga Hospital Selayang telah mendapat sumbangan kerusi Roda sebanyak 34 buah bagi kegunaan pesakit daripada Syarikat Spanco Sdn Bhd, Kelab NGO Negaraku, Rotary Club Jln Klang Lama dan Syarikat Datta Shree Sdn Bhd. Majlis telah diacarakan oleh MC profesional En Mohd Azhani Samad dari Akademi Pengacaraan Malaysia.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini dan kepada semua Sukarelawan dan Anggota Hospital yang hadir menyertai program ini.

6

 

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013